Sunday, July 3, 2011

perlukah mahar yang tinggi????




Perkahwinan merupakan jalinan ikatan antara dua hati lelaki dan perempuan dengan ikatan yang sah bagi menghalalkan sesuatu perhubungan. Ikatan perkahwinan ini merupakan ikatan yang suci. jadi hiasilah ikatan yang suci ini dengan penuh kasih dan sayang..di dalam post saya kali ini bukanlah untuk berbicara mengenai perkahwinan tetapi MAHAR dalam perkahwinan.

Pada zaman sekarang kita melihat sama ada golongan artis mahupun golongan biasa meletakkan mahar hantaran begitu tinggi. Kadang kala sehingga mencecah 20k untuk golongan biasa. Terdapat juga diantara kita meletakkan mahar mengikut tarikh lahir pasangan mahupun diri sendiri. tapi perlukan mahar yang tinggi sehingga boleh mendatangkan susah kepada pihak lelaki..itulah persoalan yang perlu dijawab dalam masyarakat sekarang.


MARTABAT WANITA

Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan harta mahupun wang ringgit. Islam meletakkan martabat wanita terlalu tinggi. Mahar yang diberikan oleh pihak lelaki adalah sebagai penghargaan dan kehormatan terhadap kaum wanita kerana sudi menjadi permaisuri dan teman sepanjang hayat bagi seorang suami yang sanggup berkongsi suka duka hingga akhir hayat.

Di dalam Mazhab Syafiee dan sebahagian ulama tidak pernah menetapkan nilai mahar paling rendah yang perlu diberikan kepada wanita ataupun isteri. Selagi ia mempunyai nilai maka ia akan diterima sebagai mahar. Seelok-eloknya mahar ini haruslah mengikut kemampuan pihak lelaki untuk memberi kepada wanita yang digelar sebagai isterinya.

JADI FIKIR2KANLAH DAN RENUNG2KANLAH....

No comments:

Post a Comment